Kerajaan bakal susun semula dasar pengambilan pekerja asing
Sebuah draf laporan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing mengenai penyusunan semua undang-undang berkaitan pengambilan pekerja asing untuk bekerja dalam pelbagai sektor di negara negara ini telah disiapkan dan bakal dibentangkan dalam masa terdekat.
Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, pembentangan draf laporan yang disediakan oleh jawatankuasa diketuai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Hishamuddin Yunus akan dibentangkan kepada kementeriannya dan Kementerian Dalam Negeri.
“Segala peraturan dan dasar berkaitan pengambilan pekerja asing dalam situasi tidak teratur apabila ada sesetengah peraturan membenarkan, ada pula yang tidak. Ada yang kemungkinan dibenarkan, melibatkan pengambilan hanya 20 pekerja sahaja dan ada pula 50 pekerja,” katanya kepada pemberita selepas bertemu Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Kuching, baru-baru ini.
Tambah Kulasegaran, mana-mana pekerja asing yang datang untuk bekerja tidak akan dikenakan sebarang levi sejajar dengan pematuhan peraturan Pertubuhan Pekerja Antarabangsa.