Syarikat sumber manusia berasaskan teknologi dari Jepun, Grooves bersedia membuka peluang pekerjaan kepada bakat Malaysia hasil kesepakatan pelaburan strategik berjumlah AS$920,000 (RM3.78 juta) yang diterima daripada PNB-INSPiRE Ethical Fund (PIEF) Permodalan Nasional Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yukihiro Ikemi berkata, pemilihan Malaysia sebagai ibu pejabat di rantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) adalah berdasarkan kebolehan bakat di negara ini yang dilihat memiliki potensi untuk dipadankan dengan majikan yang sesuai melalui platform Grooves.

โ€œIdeanya adalah untuk memberikan lebih pendedahan kepada bakat tempatan untuk mendalami ekosistem perniagaan Jepun dan membawa pulang pengetahuan dan pengalaman ke negara masing-masing.

โ€œKami mahu menyediakan peluang bagi kedua-dua negara untuk bertukar budaya kerja dan juga kemahiran yang dimiliki,โ€ katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

CEO Grooves, Yukihiro Ikemi.jpg