KSM kaji had permohonan gaji pekerja asing profesional

Jan 24, 2019 | HR News

Sebuah jawatankuasa yang bertindak mengkaji had permohonan gaji pekerja asing profesional akan ditubuhkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi menilai semula tahap kelayakan tenaga kerja luar demi membela nasib pekerja tempatan.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, mekanisme baharu dengan cadangan kenaikan had gaji permohonan untuk pekerja asing menjadi RM5,000 berbanding hanya RM3,000 ketika ini mungkin dilaksanakan.

“Kategori gaji ini boleh diisi dengan mudah oleh rakyat Malaysia sendiri. Kenapa kita mahu pekerja asing pula yang mengisinya?

“Apabila had gaji pekerja asing profesional dinaikkan, ia kelak akan memberi lebih banyak ruang kepada pekerja-pekerja tempatan untuk mengisi tempat tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di pejabat TalentCorp Petaling Jaya, semalam.

Kula hadir lawatan kerja ke pejabat TalentCorp.jpg

Polls

Does your company support remote work arrangements and flexible schedules?

Polls

Have you actively pursued training for skills outside of your current role's requirements?

Polls

Is regular performance feedback from your manager important for your career?