Batal tender institusi pendidikan hanya sementara

Jan 8, 2019 | HR News

Keputusan Kementerian Pendidikan yang membatalkan 406 tender melibatkan pelbagai perkhidmatan di sekolah-sekolah termasuk beberapa kolej matrikulasi di seluruh negara disifatkan hanyalah sementara bagi tujuan penaksiran kualiti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Mohamad Rafie Ab Malek berkata, tender pelbagai perkhidmatan seperti bekalan makanan, kebersihan bangunan dan kawasan serta kawalan keselamatan akan dikaji semula untuk dinaik taraf ke tahap yang lebih baik.

“Kerajaan bukan membatal tender tanpa sebab. Tetapi untuk mengkaji semula perkhidmatan sedia ada dan seterusnya memastikan ia lebih kemas dan tersusun.

“Keputusan itu juga bagi memastikan kemudahan untuk rakyat lebih menyeluruh,” katanya selepas melakukan lawatan di Pasar Tani Ampangan Seremban, hari ini.

Polls

Does your company support remote work arrangements and flexible schedules?

Polls

Have you actively pursued training for skills outside of your current role's requirements?

Polls

Is regular performance feedback from your manager important for your career?