Kementerian Pendidikan sasar perkasa program Kolej Vokasional

Jan 28, 2019 | HR News

Program-program sedia ada yang dilaksanakan melalui pembelajaran dan latihan oleh Kolej Vokasional (KV) mahu segera diperkasakan Kementerian Pendidikan demi meningkatkan peluang pekerjaan para pelatih yang mengikutinya di masa hadapan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa perbincangan bersama-sama pemegang taruh yang akan melaksanakan langkah-langkah pemerkasaan program peringkat Diploma Kolej Vokasional bagi melahirkan lebih ramai pelatih berkualiti tinggi.

“Ia bagi memastikan program yang ditawarkan adalah program yang bermutu dan berkualiti serta dapat dibawa ke tahap yang lebih tinggi bagi memenuhi permintaan industri.

“Sememangnya kementerian berhasrat untuk memastikan persijilan dan piawaian industri dipatuhi serta dijadikan rujukan utama dari aspek kebolehpasaran, peningkatan kemahiran dan penambahbaikan kurikulum,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

KPM sasar perkasa program Kolej Vokasional.jpg

Polls

Does your company support remote work arrangements and flexible schedules?

Polls

Have you actively pursued training for skills outside of your current role's requirements?

Polls

Is regular performance feedback from your manager important for your career?