Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) mengingatkan masyarakat yang layak untuk tampil memohon pelbagai jenis skim yang ditawarkan badan tersebut melalui Inisiatif Strategik di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Berdasarkan catatan di laman rasmi Facebook HRDF baru-baru ini, dinyatakan bahawa golongan lepasan sekolah, graduan yang masih mencari pekerjaan, suri rumah yang mahu menjana pendapatan serta mereka yang tergolong dalam kategori B40 (golongan 40 peratus pendapatan rendah negara) adalah mereka layak.

Untuk menyertai skim Inisiatif Strategik HRDF dan mengetahui latihan yang bersesuaian, pemohon boleh membuat semakan dengan mendaftar di laman web www.hrdf.com.my/employer/hrdf-schemes.