Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melakukan kemas kini bagi perkhidmatan i-Lestari untuk permohonan dalam talian dengan beberapa fungsi telah ditambah baik dan dipelbagaikan yang lebih mesra pengguna.
Setiap ahli KWSP yang telah memohon atau berhasrat melaksanakan permohonan baharu akan lebih mudah mengakses bahagian-bahagian seperti Semak Permohonan, Permohonan Baharu, Kemas Kini Pengeluaran, Panduan Pengguna secara Infografik dan Soalan Lazim (FAQ).
Malah, fungsi tambahan Chatbox KWSP versi Beta berbahasa Melayu dan Inggeris turut diwujudkan bagi membantu mana-mana ahli untuk mendapatkan maklumat tentang produk dan perkhidmatan KWSP dengan lebih mudah dan cepat.
Inisiatif i-Lestari adalah pengeluaran wang dari Akaun Dua KWSP dengan kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh sehingga Mac 2021 kepada pencarum yang terkesan dengan situasi penularan wabak Covid-19.
Untuk mengakses maklumat dan permohonan i-Lestari, ahli KWSP boleh berbuat demikian dengan melayari laman web ilestari.kwsp.gov.my pada bila-bila masa.