Syarikat pemegangan pelaburan, KSK Land mengambil pendekatan dengan memperkenalkan ‘Reboot’, sebuah program perekrutan inovatif yang bertujuan untuk mewujudkan peluang baru bagi bakat tempatan yang ingin mengaktifkan semula kerjaya.

KSK Land dalam satu kenyataan berkata, calon-calon yang mendaftar untuk ‘Reboot’ akan menjalani program pembangunan selama 12 bulan dan bergantung kepada prestasi sepanjang program berlangsung, mereka berpeluang mendapatkan pekerjaan sepenuh masa di KSK Land.

“Program ‘Reboot’ terbuka kepada semua warga Malaysia yang memiliki pengalaman bekerja tidak kurang daripada dua tahun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan KSK Land, Joanne Kua berkata, program berkenaan bukan sekadar platform untuk pengembangan kerjaya, malah sebagai penerokaan bagi ahli-ahli baharu KSK Land yang ingin memulakan semula kerjaya mereka di samping merintis minat mencapai potensi unggul.

“Kami ingin merekrut individu dari pelbagai latar belakang, kemampuan, dan perspektif yang bukan hanya menjurus kepada industri harta tanah tetapi juga terdorong untuk mencabar status quo.

“Matlamat kami adalah untuk memupuk perintis serba boleh yang teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan kami dan terlibat dalam pembangunan 8 Conlay, serta projek-projek progresif di masa hadapan dalam masa terdekat,” jelasnya.

Pemohon yang berminat boleh menghantar e-mel resume lengkap mereka ke careers@kskgroup.com dengan maklumat tambahan boleh didapati di laman web www.kskland.my. Tarikh tutup untuk permohonan kumpulan pertama adalah pada 31 Januari 2021.

-HR HUB

Employees-of-KSK-Land-REBOOT-Programme-2.png