Kerajaan telah memperkenalkan sebuah panduan rujukan kerja yang dikenali sebagai myPortfolio khusus untuk perkhidmatan awam dalam mengurus dan memantapkan sistem penyampaian pekhidmatan secara lebih strategik.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, panduan tersebut merangkumi penyediaan dokumen dalam aspek prosedur, proses kerja dan tanggungjawab di setiap peringkat jabatan serta individu dengan menyasarkan peningkatan produktiviti kerja.

“myPortfolio diperkenal untuk membolehkan tiap seseorang penjawat awam tahu apa yang perlu dibuat di dalam melaksanakan tugasnya. Malah, mereka juga akan tahu parameter dan hubungan tugas mereka dengan pegawai yang lain.

“Ini akan memudahkan penyelia memantau status pelaksanaan tugas dan mengambil tindakan pembetulan jika berlaku kelewatan atau kesilapan,”katanya pada Majlis Pelancaran myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam di Bangunan Perdana Putra Putrajaya, hari ini.

myPortfolio-Kredit-foto-Dr-Mahathir-bin-Mohamad.jpg