Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pelancaran e-Payroll, yang merupakan penambahbaikan terhadap portal i-Akaun (Majikan), bagi membantu dan mempermudahkan urusan-urusan tanggungjawab berkanun majikan, termasuk caruman KWSP, secara digital.

KWSP berkata, Sistem e-Payroll memberikan pengalaman yang selamat dan lancar untuk majikan, dengan penekanan terhadap pengiraan automatik bagi pemotongan dan caruman berkanun kepada badan-badan berkanun.

โ€œInisiatif ini adalah sejajar dengan objektif KWSP untuk membantu majikan, khususnya perusahaan kecil sederhana (PKS), memenuhi tanggungjawab mereka terhadap pekerja, di samping melancarkan operasi syarikat.

โ€œPerkhidmatan ini juga dapat membantu majikan menyimpan rekod pekerja mereka secara digital, termasuk gaji.

โ€œDengan ini, e-Payroll dapat meningkatkan kecekapan proses dengan mengurangkan masa yang diperlukan untuk menguruskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan kewajipan berkanun,โ€ katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, Perkhidmatan e-Payroll ini dibangunkan khas untuk membantu PKS yang menggunakan i-Akaun (Majikan) yang tidak mempunyai sistem penggajian atau kemampuan kewangan untuk menggunakannya.

โ€œKami sedar akan peranan digitalisasi yang semakin penting dalam kehidupan kita, malah situasi pandemik COVID-19 telah mendorong kita untuk mengadaptasi teknologi digital dengan pantas dan lebih tepat.

โ€œDi KWSP, kepentingan ahli sentiasa diutamakan dalam setiap pendekatan yang kami ambil, di samping inisiatif berterusan dalam meningkatkan tahap perkhidmatan yang memberi manfaat kepada majikan dan pekerja,โ€ ujarnya.

Sistem e-Payroll ini dibangunkan dengan kerjasama dan diperakui oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp).

-HR HUB

e-Payroll-KWSP.png