Institut Latihan Perindustrian (ILP) di seluruh negara akan menggunakan pendekatan yang lebih terbuka untuk menerima golongan pekerja bagi mengikuti latihan kemahiran dengan penyelarasan waktu latihan fleksibel serta mesra golongan 40 peratus pendapatan rendah negara (B40).

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, golongan pekerja yang berhasrat untuk mendalami kemahiran baharu bagi menyertai bidang pekerjaan teknikal boleh berbuat demikian sebaik sahaja rancangan tambahan masa ILP dibuka bermula pukul 5 petang sehingga 11 malam dilaksanakan kelak.

“Kerajaan juga merancang ILP dibuka pada hari Sabtu dan Ahad bagi membolehkan lebih ramai (pekerja) dapat mengikuti latihan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Sumber Manusia dengan Dong Zong di Kolej Universiti New Era Kajang, semalam.

Tambah Kula, golongan B40 juga mungkin berpeluang mengikuti latihan di ILP secara percuma berdasarkan rancangan tersebut.

Kerjasama-dalam-bidang-TVET-antara-KSM-dan-Dong-Zong-KreditFoto-KSM.jpg