Kementerian Sumber Manusia sedang memperhalusi cadangan untuk mewajibkan pekerja tempatan dan warga asing memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi syarat pengambilan pekerja teknikal di negara ini menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 kelak.

Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, keperluan meletakkan syarat tersebut dilihat wajar memandangkan beberapa sektor pekerjaan melibatkan teknikal dijangka akan berdepan cabaran menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.

“Warga tempatan dan warga asing perlu ada SKM untuk bekerja di sini. Mereka tidak boleh menggunakan sijil kemahiran dari negara lain.

“Jadi barulah anak-anak tempatan akan mendapat pasaran kerja lebih besar kerana majoriti yang memiliki SKM sudah tentulah rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu di Kelantan, baru-baru ini.

Mahfuz ketika mengadakan lawatan kerja ke Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu.jpg