Sekumpulan pengeluar dan pemilik turbin angin yang terbesar di dunia baru-baru ini menegaskan semula komitmen mereka untuk menggunakan piawaian latihan keselamatan minimum yang diiktiraf di peringkat global untuk pekerja-pekerja di serata dunia.

Pertubuhan Angin Global (GWO), sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang dimiliki oleh 16 syarikat tenaga angin yang terkemuka melaporkan peningkatan pesat dari segi bilangan individu yang dilatih menurut piawaian tersebut. Piawaian GWO menyelaraskan latihan keselamatan dan teknikal asas dengan set spesifikasi seragam yang diiktiraf di seluruh dunia, mewujudkan tenaga kerja yang lebih selamat dan lebih produktif.

Dengan 74,432 (lebih 65 peratus) individu yang memegang sijil yang sah sehingga akhir tahun 2018, anggaran 5 hingga 10 peratus tenaga kerja global dalam sektor tenaga angin kini terlatih menurut piawaian GWO.

Eloy Jauregui, Pengarah Bahagian Keselamatan di Acciona Energia dan Pengerusi Pertubuhan Angin Global berkata, sejumlah 5 hingga 10 peratus tenaga kerja yang dilatih menurut piawaian GWO merupakan satu pencapaian dengan cabarannya hanyalah di peringkat permulaan.

“Orang ramai yang bekerja dalam industri turbin angin di seluruh dunia umumnya tidak dilatih menurut piawaian GWO dan kami percaya bahawa sekiranya dapat dilakukan, mereka haruslah dilatih.

“Kami akan meningkatkan usaha-usaha kami untuk terlibat secara global dan kolaboratif; menggalakkan penerimaan piawaian keselamatan yang diiktiraf bersama dan menyediakan tadbir urus yang mencukupi melibatkan penyediaan latihan, agar kami dapat berusaha ke arah mencapai misi kami untuk mewujudkan persekitaran kerja tanpa kecederaan dalam segmen tenaga angin,” katanya. – PR NEWSWIRE

Pertubuhan Angin Global terbitkan laporan tahunan kedua tentang latihan pekerja berkaitan tenaga angin.png