Biarpun terdapatnya peningkatan peranan teknologi dalam fungsi sumber manusia (HR), satu kajian baharu daripada Alight Solutions, peneraju bagi penyelesaian pengurusan kesihatan, kekayaan dan modal insan didayakan teknologi, mendapati bahawa syarikat-syarikat di Asia Pasifik sebahagian besarnya kecewa dengan platform teknologi HR mereka.

Lebih separuh (55 peratus) daripada syarikat-syarikat ini tidak berpuas hati dengan platform teknologi HR semasa mereka, sehingga 10 titik peratusan dari tahun 2016. Rentetan itu, hampir 60 peratus syarikat-syarikat ini aktif merancang dan menilai pelaburan teknologi baharu sepanjang 12 hingga 24 bulan akan datang.

Laporan oleh Alight, Perihal Kajian Transformasi HR 2018-19, menilai lebih 670 organisasi dalam pelbagai sektor di seluruh Asia Pasifik, mewakili 6.1 juta kakitangan dan USD 7 trilion pendapatan, bagi menentukan pendekatan mereka untuk mengenal pasti dan melaksanakan penyelesaian HR yang mudah dan berimpak tinggi.

Dalam kajian kedua, dan yang terbesar seumpamanya, Alight menemui lima pandangan tambahan penting:

(1) Perkhidmatan dan teknologi HR adalah penting bagi kejayaan kesediaan masa depan organisasi. Contoh tipikal organisasi matang (HR) adalah hampir lima kali ganda lebih yakin tentang kesediaan masa depan mereka berbanding organisasi-organisasi lain dan berupaya untuk mengendalikan fungsi HR yang lebih dua kali ganda lebih produktif. Di samping itu, organisasi-organisasi sedemikian mempunyai purata nisbah kakitangan HR-kepada-sepenuh-masa yang bersamaan 1:92, berbanding yang lain-lain dengan nisbah 1:52.

(2) Jurang keupayaan dan kekurangan kolaborasi menghalang HR mencapai lebih daripada kemampuannya. Bahkan, tiga daripada setiap empat organisasi merancang untuk meningkatkan perbelanjaan terhadap pembangunan keupayaan HR mereka.

(3) Lebih 60 peratus firma APAC mempunyai model penyerahan perkhidmatan HR yang dinyatakan dengan jelas yang menunjukkan kematangan organisasi.

(4) Pengautomatan dan AI dijangka menyaksikan penerimaan kukuh dalam 18 – 24 bulan akan datang. Kebanyakan responden (80 peratus) telahpun menilai senarai tindakan AI dan pengautomatan dan membina skala untuk pelaburan masa depan.

(5) Analitik muncul sebagai pengubah industri bagi meningkatkan prestasi, keupayaan, produktiviti dan pengekalan kakitangan. Dua daripada tiga responden merancang untuk melaksanakan analitik individu yang lebih mantap dalam tempoh 12-24 bulan akan datang.

“Dalam era awan dan penaiktarafan teknologi secara berterusan, kebergantungan APAC terhadap strategi platform HR ‘terbaik dalam kategorinya’ berada di penghujungnya. Penyatuan antara platform dan perkhidmatan omni saluran akan menjadi pembeza terbesar dalam memacu HR dalam dunia digital,” kata Vikrant Khanna, pemimpin Asia, transformasi dan perubahan HR, Alight Solutions, serta pengarang bersama kajian berkenaan. – PR NEWSWIRE