Kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan kos sara hidup dan isu jaminan pekerjaan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Mengesahkan kerja-kerja yang perlu dilakukan telah bermula, beliau berkata, “Kami berharap kami dapat melaksanakannya mungkin dalam belanjawan akan datang (Belanjawan 2020). Oleh itu, barulah kami akan dapat mewujudkan pekerjaan, terutamanya untuk graduan yang belum mendapat pekerjaan. Ini merupakan sesuatu yang kerajaan terdahulu tidak pernah beri tumpuan.

โ€œSaya mahu menumpukan kepada rakyat Malaysia biasa, tidak banyak kepada projek mega. Saya sudah bosan dengan 1Malaysia Development Bhd (kemelut),” katanya dalam temu bual dengan organisasi media terpilih di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – BERNAMA