Platform digital, Rtist meneruskan usaha memperincikan model perniagaannya untuk menghubungkan professional bidang kreatif dengan syarikat yang mencari perkhidmatan spesifik di mana sejumlah 2,600 bakat kreatif melibatkan syarikat individu, syarikat sederhana kecil, agensi pengiklanan serta syarikat korporat direkodkan.

Baru-baru ini, Rtist berjaya menjana dana sebanyak RM1,044,841 dari 219 pelabur melalui Mystartr Equity Crowdfunding. Dana ini diperuntukkan untuk menaik taraf platform Rtist untuk memberi sokongan yang lebih padu kepada freelancer, membangunkan pasukan teras serta meningkatkan usaha pemasaran untuk menjangkau jarak kumpulan pelanggan dan kumpulan bakat.

Pengasas Rtist, Tony Chua berkata, negara ini tidak kekurangan pekerjaan atau ketandusan bakat sebaliknya kurang pengetahuan kaedah berkaitan pencarian kedua-duanya.

“Kadang-kadang, pelanggan memerlukan lebih daripada satu kepakaran dan mereka perlu meluangkan masa untuk mengimbas senarai bakat yang panjang dan tersebar di pelbagai lokasi. Walaupun kaedah syoran berguna, ia kurang berkesan dalam masa yang singkat.

“Platform Rtist menemukan bakat dan pelanggan dengan mudah dan cepat serta memberikan kedua-dua pihak jaminan bahawa Rtist melindungi kepentingan mereka. Di samping platform web, Rtist juga telah membina satu komuniti di mana bakat-bakat kreatif kami saling memberi sokongan menerajui misi kami untuk membawa kreativiti Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.