Program kepimpinan Teladan yang bernaung di bawah Tanoto Foundation telah merekrut seramai 150 mahasiswa dari sembilan institusi pengajian tinggi di Indonesia untuk pemilihan kumpulan pertama bagi tahun 2019.

Sembilan institusi pengajian tinggi tersebut adalah Institut Pertanian Bogor, Institut Teknologi Bandung, Universiti Indonesia, Universiti Sumatera Utara, Universiti Gadjah Mada, Universiti Riau, Universiti Andalas, Universiti Brawijaya dan Universiti Diponegoro.

Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Puan Maharani telah menyampaikan ucaptama pada majlis tanda tangan persetujuan mahasiswa-mahasiswa terpilih yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Global Tanoto Foundation, Satridjo Tanudjoyo.

“Pemerintah melalui Kementerian Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan sedar bahawa ketika ini Indonesia memerlukan ramai pemimpin muda yang boleh menjadi teladan untuk masyarakat, sehingga mereka dapat mendorong kemajuan bagi bangsa ini.

“Oleh kerana itu, kami bekerjasama Tanoto Foundation sebagai usaha membentuk generasi pemimpin masa depan melalui pemberian biasiswa dan latihan-latihan kepimpinan dalam program ini,” katanya.