Larsen & Toubro Infotech, sebuah syarikat perunding teknologi dan penyelesaian digital global, memperkenalkan LTI SafeRadius, aplikasi kembali bekerja patuh GDPR bagi memastikan kesejahteraan tenaga kerja dan meningkatkan kecekapan operasi apabila pekerja kembali bekerja secara berperingkat-peringkat dalam seluruh industri.
Aplikasi ini menyediakan analisis risiko operasi yang beraneka dan intuitif dengan merekodkan, memproses, mengintegrasikan dan mempersembahkan data daripada pelbagai sumber di dalam dan luar sesebuah organisasi.
Di India, aplikasi ini disepadukan dengan aplikasi Aarogya Setu Kerajaan melalui soal selidik tinjauan, membantu menonjolkan kesejahteraan keseluruhan pekerja dalam konteks berkaitan Covid-19 di dalam dan luar pejabat.
Beberapa ciri utama LTI SafeRadius termasuklah memastikan kesihatan keseluruhan pekerja, pemprofilan berisiko tinggi, pelaporan insiden, peruntukan tempat duduk, pengaturan jadual peralihan kerja, pengurusan pengangkutan, amaran masa sebenar mengenai perhimpunan berkebetulan, penonjolan kawasan khas dan pengesanan kontak.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan LTI, Sanjay Jalona berkata, keselamatan pekerja dan kelangsungan operasi perniagaan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi pihaknya ketika menavigasi krisis Covid-19 ini.
“LTI SafeRadius ialah penyelesaian teknologi yang menangani keperluan penting ini dengan mudah dan secara intuitif.
“Platform dipacu data ini akan bermanfaat untuk perusahaan mengurus operasi dengan cara yang paling cekap dan memberi jaminan kepada pekerja mengenai keselamatan dan kesejahteraan mereka,” katanya.
-PR NEWSWIRE