Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) menyokong penuh cadangan kerajaan untuk menetapkan kod pemakaian pekerja Muslim kerana ia mampu menangani isu diskriminasi di tempat kerja dan bukanlah menindas golongan wanita yang tidak berhijab seperti didakwa pihak tertentu.

Exco WAFIQ, Nur Farihah Meor Mazli berkata, cadangan yang dicetuskan oleh Kementerian Sumber Manusia itu sebenarnya lebih memperkasakan undang-udang anti diskriminasi di Malaysia yang bertindak menjadi panduan untuk majikan dan pekerja khususnya dalam sektor swasta.

“Dengan peningkatan arah aliran Islamophobia di seluruh dunia, seseorang harus mempertimbangkan langkah yang efektif bagi melindungi hak wanita Islam untuk menutup aurat dan pada masa yang sama dapat dilihat kompeten seperti mana rakan sekerja mereka yang bukan Islam.

“Di sini, kerajaan telah mengambil langkah pendekatan yang tepat dalam mempertimbangkan keperluan wanita Islam di Malaysia. Tiada siapa yang harus berasa curiga atau takut dengan kod pemakaian ini kerana kerajaan tidak berniat untuk mewajibkan kod tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Kod pemakaian muslimah di tempat kerja.jpg