Kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pertahanan bagi merekrut pesara tentera untuk bekerja di lapangan sebagai pengawal keselamatan kini di peringkat perbincangan kedua-dua kementerian tersebut untuk dilaksanakan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau ketika mengulas lanjut perkara berkenaan berkata, satu pendekatan baharu akan dinilai dari setiap aspek termasuklah penjenamaan semula yang melibatkan penelitian tahap kecergasan dan faktor usia masing-masing sebelum diambil bekerja.
โKita sewajarnya berada di tahap imej yang baharu melibatkan pertambahan pendapatan dan pelbagai insentif yang akan ditawarkan kepada pengawal keselamatan.
“Langkah mengambil pesara tentera dalam perkhidmatan kawalan keselamatan dapat mengatasi kebergantungan terhadap pekerja asing lebih-lebih lagi pada waktu ini kita sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19,โ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Penjana Kerjaya Sungai Siput 2020 di Pusat Konvensyen Sungai Siput, baru-baru ini.
-HR HUB