Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan ekspo Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) secara maya selama empat hari bermula 5 hingga 8 Oktober ini melalui medium webinar secara langsung.

Beberapa pengisian menarik sepeti topik-topik dan video-video kemahiran menarik mengenai TVET, institusi TVET, kuiz dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 serta khidmat nasihat tentang peluang pelajaran dan pekerjaan dalam bidang TVET akan diadakan.

Peserta bukan sahaja didedahkan dengan program-program dan kursus-kursus yang ditawarkan, malah maklumat mengenai keseluruhan 279 institusi TVET KPLB di seluruh negara termasuklah kemudahan dan elaun yang disediakan juga menjadi tumpuan utama di dalam ekspo ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang tvet.rurallink.gov.my atau laman sosial Facebook dan Instagram KPLB.

-HR HUB

TVET-KPLB.png