Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) kini mengadakan ‘INSKEN Coaching and Mentoring Programme’ atau Program Jurulatih dan Mentor INSKEN yang merupakan program bimbingan spesifik mengikut industri dengan tempoh selama empat bulan khusus untuk usahawan yang berhasrat menimba ilmu di dalam bidang perniagaan masing-masing.
Inisiatif ini akan mengumpulkan para usahawan dalam industri yang sama untuk sesi ‘coaching one-to-one’ bersama jurulatih industri atau biskaunselor iaitu usahawan berpengalaman dalam industri terlibat. Malah, program ini juga menyediakan platform perbincangan sesama usahawan dalam satu industri.
Sebanyak 15 industri pilihan telah disenaraikan untuk bakal peserta mengikut kesesuaian dengan bisnes masing-masing.
Selama tempoh empat bulan, peserta yang terlibat akan ditawarkan ‘industry insights workshop’, lawatan penanda aras, ‘coaching one-to-one’ sebanyak empat kali dan latihan khusus teknikal perniagaan sebanyak dua kali.
Antara syarat penyertaan ialah peserta perlulah mempunyai bisnes yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau institusi berwajib, beroperasi minimum dua tahun dan mempunyai rekod jualan.
Sekiranya berminat, pendaftaran boleh dibuat di pautan www.rebrand.ly/IBC2020 .