Innophys Co Ltd (Innophys) mengeluarkan sut robotik membantu kerja yang boleh dipakai ‘Muscle Suit Every’ di Malaysia yang telah dipasarkan pada 5 April 2021, baru-baru ini.
Syarikat yang berpangkalan di Tokyo itu telah menempatkan produk tersebut di pasaran Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mempromosikan penjualan siri MUSCLE SUIT itu ke luar negara.
Innophys dalam kenyataan berkata, Malaysia adalah negara Asia Tenggara yang pertama di mana Innophys menjual produk tersebut.
“Kami berhasrat untuk memanfaatkan potensi permintaan bagi MUSCLE SUIT Every dari sebilangan besar pekerja di industri pembuatan dan logistik di Malaysia di mana pekerja sering meletakkan beban yang berat di bahagian belakang mereka.
“Lebih-lebih lagi, syarikat itu menjangkakan permintaan untuk produk tersebut akan berkembang di industri penjagaan perawatan tempatan.
“Dengan berlatar-belakangkan faktor-faktor ini, Innophys telah memilih untuk bekerjasama dengan ejen jualan tempatan untuk memasarkan produk tersebut di Malaysia,” katanya.
-HR HUB