Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara sekali beri atau ‘one-off’ sebanyak RM500 atau RM1,000 berdasarkan kadar jarak penempatan pekerjaan bagi mana-mana pekerja yang perlu berhijrah atau ditawarkan kerjaya ke tempat yang baharu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, inisiatif tersebut yang ditawarkan menerusi program Bantuan Mobiliti bakal dilaksanakan meliputi perpindahan dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung atau sebaliknya bermula Januari depan.

“Bila kita sebut mereka perlu berhijrah dengan keadaan ini, mereka memerlukan bantuan daripada kerajaan.

“Maka kerajaan memberi Bantuan Mobiliti daripada RM500 sehingga RM1,000 kepada golongan yang sedia berhijrah dari satu tempat ke satu tempat lain.

“Kalau tempat berhampiran iaitu kurang dari 100km kita bagi RM500 atau lebih daripada 100km kerajaan akan bagi RM1,000 sebagai bantuan mobiliti,” katanya menerusi sebuah program wawancara bersama Astro Awani, baru-baru ini.

Program Bantuan Mobiliti menawarkan bantuan RM500 kepada individu yang mendapat penempatan baharu kurang dari 100 kilometer dari tempat bermastautin manakala RM1,000 pula melibatkan individu dengan penempatan kerja melebihi 100 kilometer.

-HR HUB