Pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang turut dikenali sebagai Program i-Sinar kini tidak lagi hanya tertakluk kepada ahli berdasarkan kelayakan tertentu, malah turut akan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, inisiatif yang dijangka memanfaatkan lapan juta ahli itu turut dinaikkan had pengeluarannya sehingga RM10,000.
โSuka cita dimaklumkan, diumumkan bahawa program i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.
โTidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan ataupun telah terkurang pendapatan mereka tahun ini, ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.
โTanpa mengira sama ada ahli tersebut bekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak, selagi terjejas pendapatan dengan ketara bolehlah mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 KWSP.
โDari dua juta ahli yang layak sebelum ini, i-Sinar kini kita buka kepada lebih lapan juta ahli,โ katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.
-HR HUB
