Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) kini menganjurkan Karnival Kerjaya Belia Maya 2020 yang sedang berlangsung bermula semalam hingga 15 Mei ini.

Karnival yang julung kali diadakan melalui platform dalam talian tersebut dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang dengan menawarkan lebih 2,500 peluang pekerjaan melibatkan sekurang-kurangnya 15 majikan.

Pemohon yang berminat dikehendaki mendaftar portal pekerjaan โ€˜EIS Jobsโ€™ terlebih dahulu di laman eisjobs.perkeso.gov.my sebelum menyertai karnival secara maya tersebut.

Setelah selesai, pendaftaran secara terus melalui pautan careerfair.perkeso.gov.my boleh dilakukan kemudian. Segala informasi berkaitan Karnival Kerjaya Belia Maya SIP PERKESO 2020 boleh didapati di portal berkenaan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi Encik Dianhazri di talian 017-3398583 atau Encik Khairul Azman di nombor 019-6585507.

Karnival-kerjaya.jpg