Medium perkhidmatan e-dompet terkemuka, TrueMoney baru-baru ini telah memperkasakan faedah kakitangan untuk Charoen Pokphand Thailand (C.P.) Group dan rangkaian pasaraya, Lotus’s.

Bermula dari bulan Mei, kakitangan Lotus’s kini boleh menikmati kemudahan tawaran dan faedah yang diberikan oleh aplikasi TrueMoney, sementara kakitangan C.P. Group akan menerima faedah ini bermula pada bulan Ogos.

Sejak pelancarannya di Malaysia pada awal tahun 2023, TrueMoney Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang ketara, dimana kini mereka mempunyai kira-kira 12,000 peniaga dan lebih 30,000 mata pembayaran yang merangkumi peruncitan, permainan, teknologi, restoran dan banyak lagi.

Beroperasi di enam negara lain, e-dompet TrueMoney telah mencapai 50 juta muat turun, dan memenuhi keperluan pangkalan pengguna yang luas di seluruh Asia Tenggara.

Jessie Chong, Pengarah Urusan Negara Kumpulan Ascend, berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana TrueMoney telah dipilih sebagai rangkaian faedah kakitangan rasmi untuk organisasi terhormat seperti C.P. Group dan Lotus’s.

“Melalui e-dompet kami, kakitangan mereka mempunyai akses kepada pelbagai jenis perniagaan, serta promosi yang menakjubkan, pulangan tunai dan faedah sebagai ganjaran kepada mereka. Ini adalah cara yang inovatif dan praktikal untuk meluaskan manfaat kakitangan yang mudah dan menggalakkan penggunaannya.

“Kami berharap melalui sarana ini, para pekerja boleh menikmati pengalaman pembayaran tanpa tunai yang lancar dan selamat dengan e-dompet TrueMoney apabila mereka berbelanja di Lotus’s atau mana-mana pedagang yang mengambil bahagian,” katanya.

Mengikuti kemudahan itu, setiap kakitangan di Lotus’s kini boleh menikmati pulangan tunai sebanyak 10 peratus dalam kredit e-dompet TrueMoney apabila membuat pembelian di pasaraya Lotus’s menggunakan aplikasi TrueMoney. Pulangan tunai ini boleh digunakan untuk semua transaksi tanpa sebarang perbelanjaan minimum, dengan had RM50 untuk setiap kakitangan setiap sebulan. Selain itu, kakitangan Lotus’s akan memperoleh 3x mata Lotus’s untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, berbanding 2x mata Lotus’s yang diperoleh oleh pelanggan biasa.

Kakitangan C.P. Group juga kini berpeluang menerima pulangan tunai sebanyak 5 peratus atas pembelian mereka di pasaraya Lotus’s apabila menggunakan aplikasi e-dompet TrueMoney, tanpa sebarang perbelanjaan minimum, tetapi dengan had maksimum RM25 setiap kakitangan sebulan.

-HR HUB