Data baharu mendedahkan bahawa 64 peratus bagi organisasi Asia Pasifik merancang untuk mengubah model operasi mereka menjelang tahun 2022, dengan didorong oleh keinginan untuk meningkatkan pengalaman pekerja mereka, demikian menurut satu tinjauan baharu dari Unisys Corporation.
Walau bagaimanapun, pemimpin dan pekerja mempunyai pandangan yang berbeza mengenai teknologi dan dasar yang diperlukan untuk mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan satu pengalaman pekerja yang ideal.
Penemuan itu dimasukkan di dalam satu kertas putih IDC baharu, yang ditaja oleh Unisys, yang bertajuk ‘Pandangan Tempat Kerja Digital(TM): Mencari Kesamaan Digital dan Pengalaman untuk Menyokong Tenaga Kerja Hybrid’.
Penyelidikan yang ditaja oleh Unisys itu meninjau lebih daripada 1,100 responden, termasuk pemimpin perniagaan dan pekerja, merentasi 15 buah negara: Australia, Belgium, Brazil, Kanada, Chile, Colombia, Perancis, Jerman, Malaysia, Mexico, Belanda, New Zealand, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat, untuk meneliti cara bagaimana organisasi mengubah model operasi mereka untuk bertindak balas terhadap gangguan perniagaan.
Ia mendapati bahawa untuk melakukan ini, pemimpin perniagaan memberi tumpuan kepada pengalaman pekerja untuk membentuk teknologi, prosedur dan dasar-dasar mereka.
Walau bagaimanapun, sejajar dengan objektif bersama ini untuk menyediakan kesamaan pengalaman pekerja, terdapat beberapa jurang di antara apa yang pekerja mahukan, dan apa yang majikan mereka difikirkan yang mereka ingin untuk mencapainya.
Hasilnya diperincikan di dalam Kertas Putih IDC di laman web digitalworkplaceinsights.unisys.com/home yang boleh diakses di mana-mana.
-HR HUB