Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengambil perhatian terhadap pelbagai laporan media mengenai permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan i-Sinar.

KWSP berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat terhadap setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan.

โ€œKami juga ingin menjelaskan bahawa setiap proses atau perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.

โ€œBerikutan itu, setiap perkara yang melibatkan isu dasar akan dibawa kepada perhatian dan untuk pandangan Kementerian Kewangan,โ€ katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Tambah KWSP, pihaknya juga mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar namun menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar.

โ€œDijangkakan sebahagian besar daripada 8 juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

โ€œPermohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021,โ€ jelasnya.

-HR HUB

KWSP.jpg