Sebuah universiti dari India, Amritsar Group of Colleges (AGC) baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi King Mongkut Thonburi (KMUTT), Thailand, untuk menyediakan program pensijilan dan pelbagai kemahiran untuk pelajar serta membantu kolej menyelaraskan kurikulumnya dengan aliran teknologi maklumat (IT).

MoU itu ditandatangani oleh Profesor dan Ketua Jabatan Teknologi Media di KMUTT, dan Pengetua ACET.

Pesetujuan di antara kedua-dua buah institusi tersebut jelas menunjukkan komitmen dua organisasi dari negara yang berbeza untuk menaikkan lagi kualiti industri pendidikan.

MoU yang dipersetujui tersebut mensasarkan inisiatif berbentuk penyediaan kuliah khas dan bank projek untuk pelajar dengan matlamat meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pelajar.

Para pelajar AGC seterusnya boleh berinteraksi dengan pakar dari KMUTT. Hubungan ini juga akan membantu dalam menyelaraskan kurikulum AGC dengan piawaian industri IT dan aliran teknologi.

Ketua KMUTT, Thaweesak Yingthawornsuk di dalam majlis tersebut menyatakan bahawa matlamat MoU dengan AGC adalah untuk mempromosikan amalan pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar membangunkan kefahaman dan kepakaran teknikal mereka.

Teknologi maklumat IT.jpg