Kementerian Sumber Manusia akan mempertimbangkan untuk menambah tempoh bekerja bagi industri yang terlibat dalam latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) dengan tambahan masa selama enam jam mungkin diperuntukkan.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata, pengenalan kepada tambahan masa untuk enam jam tersebut akan melibatkan tiga syif waktu bekerja yang akan bermula dari pukul 8 pagi sehingga 11 malam.

โ€œKita mahu beri galakkan kepada semua pemain industri berkaitan TVET untuk buka ruang dengan beroperasi hingga jam 11 malam. Ia akan memberi peluang kepada pekerja mereka memperhebatkan kemahiran masing-masing.

โ€œIa juga akan beri lebih banyak peluang kepada semua pihak, selain cadangan ini sudah pun diguna pakai di Jepun dan beberapa negara lain, termasuk di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC),โ€ katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan daripada Menteri Luar Jepun kepada Institut Teknikal Jepun Malaysia di Pulau Pinang, semalam.

Kula ketika berucap pada Majlis Penghargaan Menteri Luar Jepun (Kredit foto KSM).jpg