Baru-baru ini, Technopath Clinical Diagnostics (Technopath) mengumumkan bahawa ia melancarkan ujian antibodi Covid-19 di Ireland bagi membantu perniagaan merancang kemasukan semula ke tempat kerja dengan lebih selamat.

Inisiatif ini akan menyediakan perkhidmatan penting kepada semua industri dan akan ditawarkan atas dasar bukan berasaskan keuntungan.

Sebagai peneraju global dalam pembangunan bahan-bahan kawalan kualiti untuk Industri Diagnostik, Technopath telah terlibat secara langsung sejak bermulanya pandemik Covid-19 bagi menyokong banyak syarikat diagnostik global yang lebih besar tatkala mereka membangunkan ujian antibodi.

Bermula dengan pelancaran penyelesaian kawalan kualiti Covid-19 pihak ketiga yang pertama di dunia bagi membolehkan makmal klinikal mengeluarkan keputusan ujian pesakit dengan yakin, kini Technopath menawarkan kepakaran, peralatan dan kemudahannya bagi menyediakan ujian antibodi untuk perniagaan di Ireland menggunakan kedua-dua platform ujian Abbott Diagnostics dan Roche Diagnostics.

Syarikat ini percaya bahawa ujian antibodi Covid-19 dapat menjadi sebahagian daripada penyelesaian untuk membuka semula ekonomi negara.

“Syarikat-syarikat di Ireland serta seluruh dunia mencari jalan untuk membuka semula perniagaan mereka dengan mengambil setiap langkah untuk mengurangkan risiko pendedahan terhadap coronavirus di samping membuatkan pekerja berasa selamat untuk kembali bekerja,” kata Malcolm Bell, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Technopath.

“Memandangkan Jabatan Kesihatan kini menunjukkan bahawa negara kita mungkin menghadapi kecemasan akut yang berpanjangan untuk masa depan yang boleh diramal, terdapat keperluan yang segera untuk melengkapkan syarikat-syarikat dengan peluang untuk menawarkan ujian antibodi kepada pekerja mereka.

“Ditekankan oleh pengalaman mendalam kami bagi menyokong syarikat-syarikat diagnostik, ujian ini dianggap memberi kepentingan yang lebih besar bagi membantu syarikat-syarikat untuk kembali bekerja,” katanya.

-PR NEWSWIRE

Back-to-work.jpg