Penyedia penempatan dan mobiliti bakat global terkemuka, Randstad RiseSmart baru-baru ini mengumumkan pengembangan berterusan pasukan perniagaan dan kepemimpinan di Asia Pasifik (APAC), India, Timur Tengah dan Afrika (IMEA).

Presiden dan Pengurus Besar Randstad RiseSmart, Dan Davenport berkata, pihaknya melihat permintaan yang tinggi dalam penyelesaian peralihan kerjaya dan mobiliti bakat di peringkat global ketika dunia pekerjaan berkembang pesat.

“Cabaran yang kami selesaikan untuk pelanggan seperti membantu pekerja membuat peralihan kerjaya yang berjaya dan memupuk ketangkasan tenaga kerja adalah universal.

‚ÄúPelantikan kepemimpinan terkini kami di APAC dan IMEA memperkukuh komitmen kami terhadap pasaran ini dan pelanggan berharap pada kami bukan semata-mata kerana liputan global kami yang kukuh, tetapi juga kerana kepakaran kami dalam pasaran tempatan,” katanya.

Pengarah Urusan rantau APAC bagi Randstad RiseSmart, Alison Hernandez baru-baru ini telah melantik Sandy Wong sebagai Pengarah Greater China dan Tina Lee sebagai Pengarah Asia Tenggara.

Wong bertanggungjawab untuk pertumbuhan di China, Hong Kong SAR dan Taiwan serta menyelia pasukan pembimbing dan penyampaian perkhidmatan di rantau ini.

Lee berpangkalan di Singapura, dengan seliaan tempatan untuk perkhidmatan di Malaysia, Filipina, Indonesia, Vietnam, Korea Selatan dan Jepun.

Bagi menyokong pangkalan pelanggan dan aktiviti yang semakin meningkat di Timur Tengah dan Afrika, Joel Paul telah dinaikkan pangkat daripada Pengarah Urusan India kepada Pengarah Urusan IMEA.

Hernandez telah menerajui pembentukan dan pertumbuhan jenama RiseSmart di Australia dan New Zealand sejak tahun 2017.

-PR NEWSWIRE

Lantikan-baharu-Gambar-hiasan.jpg