Pembekal penempatan dan mobiliti bakat global, Randstad RiseSmart baru-baru ini mengumumkan dua penyelesaian baharu yang dengan cepat menghubungkan pengurus pengambilan dan perekrut dengan bakat yang berkelayakan di dalam dan di luar organisasi mereka lebih pantas berbanding sebelumnya.
Randstad RiseSmart dalam kenyataan berkata, FirstLook Recruiter Edition menyasarkan perekrut dan pasukan pemerolehan bakat di seluruh dunia dengan menawarkan akses percuma untuk mencari dan mendapatkan bakat di seluruh rangkaian pencari kerja aktif global RiseSmart.
“FirstLook Enterprise Edition tersedia untuk pelanggan RiseSmart dan memberikan nilai tambahan dengan membolehkan pasukan bakat dalam organisasi memadankan individu dengan pekerjaan dan pekerjaan dengan individu.
“Ini membantu organisasi meningkatkan mobiliti dalaman dan antara syarikat serta meminimumkan bilangan pekerja yang terjejas oleh pemberhentian pekerja,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Produk dan Pengembangan Global di Randstad RiseSmart, Kevin Gounden berkata, pihaknya melihat peluang untuk merapatkan jurang di mana beberapa pelanggan perlu melepaskan pekerja sementara yang lain secara aktif mengambil pekerja.
“FirstLook Enterprise Edition membolehkan syarikat memaksimumkan mobiliti bakat dengan mengautomasikan pemadanan antara bakat berisiko mereka dan peluang terbuka di seluruh rangkaian global kami.
“Kami berasa amat gembira dapat membawa tahap ketelusan, kelancaran dan inovasi yang sama sekali baharu untuk penyelesaian mobiliti dalaman dan antara syarikat untuk pelanggan kami,” ujarnya.
-PR NEWSWIRE