Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menerima 31,258 permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 2.0 daripada majikan yang mewakili 321,678 pekerja untuk tempoh sehingga 14 Oktober, baru-baru ini.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, negeri Selangor mencatatkan jumlah permohonan paling tinggi dengan 8,199 permohonan daripada majikan yang mewakili 82,275 pekerja.

โ€œIni diikuti dengan Kuala Lumpur di mana 4,215 majikan mengemukakan permohonan untuk 44,524 pekerja.

โ€œPermohonan untuk PSU 2.0 boleh dibuat dalam talian iaitu melalui prihatin.perkeso.gov.my.

โ€œBagi majikan yang ada menerima bantuan PSU 1.0 sebelum ini, anda boleh kemukakan permohonan lanjutan di portal tersebut.

โ€œManakala majikan lain atau mereka yang permohonan untuk PSU 1.0 ditolak kerana tidak menepati syarat kelayakan, boleh kemukakan permohonan baru untuk PSU 2.0,โ€ katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Tambah Azman, permohonan untuk PSU 2.0 akan terus dibuka sehingga 31 Disember 2020.

-HR HUB

Azman-Aziz-PERKESO.jpg