Graduan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bakal memperoleh manfaat daripada pengenalan platform carian kerja yang dikenali sebagai e-Portfolio bagi merebut peluang pekerjaan secara dalam talian dengan lebih mudah.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, ciri-ciri penting sistem e-Portfolio telah disokong oleh syarikat yang mempunyai kerjasama dengan UniMAP berdasarkan konsep permintaan dan penawaran terhadap pelajar dan syarikat dalam industri.

โ€œSehingga kini, lebih daripada 3,000 e-Resume pelajar UniMAP sudah dimuatkan ke dalam e-Portfolio dan 50 syarikat sudah mendaftar sebagai penawar pekerjaan.

โ€œSaya percaya e-Portfolio bakal memudahkan lagi proses penempatan pekerjaan bakal graduan dan pada masa yang sama juga meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian,โ€ katanya kepada pemberita pada Karnival Konvensyen Kerjaya Bersama Industri Utara (NICE 4) 2019 di Perlis, semalam.

E-Portfolio (Kredit foto Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP).jpg