Ketika pembangunan keupayaan menjadi agenda utama Ketua Pegawai Sumber Manusia pada tahun 2021, para pemimpin bakat mencari penyelesaian pembelajaran digital terbaik untuk tenaga kerja mereka.

People Matters melancarkan BeNext People Matters untuk memenuhi keperluan tersebut yang menawarkan rangkaian Program Pensijilan berasaskan Kohort yang unik dan direka untuk memperkasakan pasukan pemimpin dan Sumber Manusia bagi mencapai kecemerlangan dalam era pekerjaan masa kini.

People Matters dalam kenyataan berkata, Program Pensijilan BeNext merupakan hasil daripada penyelidikan, perbualan dengan pemimpin industri dan perbincangan dengan profesional bakat tentang apa yang diperlukan sekarang dan apa yang diperlukan pada masa hadapan.

“Kursus berasaskan Kohort Digital (CBC) meningkatkan pengekalan, akauntabiliti dan menjadikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik bagi para pelajar.

“Dalam beberapa bulan yang lalu, BeNext People Matters telah memperakukan lebih 1,200 pemimpin daripada seluruh rantau ini dengan pengalaman pembelajaran yang unik yang meletakkan komuniti sebagai teras reka bentuknya.

“Semua pensijilan berasaskan kohort BeNext telah mendapat pentauliahan daripada HRCI,” katanya.

Semua program adalah distruktur sebagai pembelajaran selama empat minggu yang merangkumi kelas pakar secara langsung dengan tenaga pengajar pakar industri seperti Matthew Kressy, Pengarah Pengasas, Reka Bentuk dan Pengurusan Bersepadu MIT; Jan Krogel, Ketua Pengalaman Pekerja dan Analitik Manusia; Capgemini; Tanuj Kapilashrami, Ketua Pegawai Sumber Manusia Standard Chartered Bank; Liam McNally, Rakan Kongsi Kepelbagaian dan Penyertaan GitLab Inc; Ankur Warikoo, Pengasas Bersama Nearbuy.com dan ramai lagi.

-PR NEWSWIRE

BeNext-People-Matters.jpg