Procter & Gamble (P&G), dengan kerjasama Singapore Economic Development Board (EDB), kelmarin telah melancarkan iLab 2021, festival inovasi maya selama tiga hari.

Festival ini akan menyaksikan syarikat-syarikat pemula dari Singapura dan seluruh rantau ini berhimpun untuk berkolaborasi bersama P&G dan membangunkan inovasi yang dapat mengatasi cabaran dalam dunia sebenar yang dihadapi dalam bidang pengiklanan, peruncitan dan rantaian bekalan.

P&G berkata, sebagai kuasa untuk kebaikan dan demi mencapai pertumbuhan, pihaknya mendasarkan komitmennya untuk menawarkan perkhidmatan kepada penggunanya dengan lebih baik dengan memanfaatkan teknologi bagi memenuhi permintaan dan harapan pengguna yang berubah.

โ€œDengan bekerjasama bersama syarikat-syarikat pemula yang menggunakan teknologi sedia-masa-depan, P&G akan dapat mengubah perjalanan pengguna secara konstruktif.

“Pada masa depan pasca-pandemik, usaha ke arah inovasi adalah penting demi pemulihan dan kemajuan ekonomi kami.

โ€œVisi kami untuk P&G di rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika adalah untuk menjadi Syarikat Masa Depan dan memanfaatkan Singapura sebagai hab inovasi untuk P&G dan industri kami, menerajui transformasi digital dan memperkasa inovasi dalam segenap aspek perniagaan kami,” kata Presiden, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, P&G Magesvaran Suranjan.

Semasa iLab, syarikat-syarikat pemula yang terpilih akan mencetuskan idea dan menyumbang saran bersama P&G untuk membantu mengatasi cabaran menggunakan teknologi dalam domain seperti pemperibadian AI, permainan, perdagangan sosial dan kebingkasan rantaian bekalan.

-HR HUB

Lauch-gambar-hiasan.jpg