Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bakal melaksanakan satu inisiatif yang dikenali sebagai Tapak Ujian Global bagi mencetuskan peralihan teknologi baharu dalam lapangan inovasi melibatkan tenaga kerja atau bakat dengan kemahiran teknologi, keusahawanan dan komunikasi pada masa akan datang.

Inisiatif utama tersebut dimaklumkan sebaik sahaja tamat perbincangan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC) ke-30 untuk memacu ekonomi digital yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, di Bangunan Perdana Putra Putrajaya, semalam.

Selain itu, MDEC turut mencadangkan pembentukan Kerangka Strategi Pembangunan Pekerja Digital yang baharu bagi menangani peningkatan permintaan melibatkan tenaga kerja celik digital serta penubuhan Akademi Pereka Baharu Masa Depan, yakni komponen pendidikan yang berteraskan kejayaan program #mydigitalmaker.

ā€œPlatform itu akan meninjau usaha dari aspek menyediakan bimbingan mentor industri terhadap pelajar-pelajar peringkat asas mulai 2021 dan seterusnya menerusi kohort awal membabitkan 100 pereka muda,ā€ kata agensi yang bernanung di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) itu dalam satu kenyataan.

Malah, MDEC juga akan menguruskan Daftar Kemahiran Digital Kebangsaan yang berfungsi sebagai panduan bagi inisiatif pembelajaran sepanjang hayat dan khusus untuk rakyat Malaysia yang berdepan cabaran dalam pasaran kerja.

Mesyuarat-Majlis-Pelaksanaan-Koridor-Raya-Multimedia-ke-30-Kredit-foto-FB-Tun-Mahathir.jpg