Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian lebih lanjut bagi kemudahan akses Akaun 1 KWSP untuk meringankan beban kewangan ahli-ahli yang terjejas seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.
KWSP berkata, maklumat lanjut berkaitan pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan pada 18 November 2020.
โi-Sinar diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak-pihak berkepentingan agar ahli terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.
โKWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari yang dilancarkan pada April 2020, dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek.
โi-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021,โ katanya dalam satu kenyataan.
Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021.
-HR HUB
