Golongan majikan disarankan untuk lebih proaktif dalam mengekalkan pekerja di syarikat masing-masing seandainya bimbang berdepan situasi pekerja yang telah mengikuti latihan kemahiran berpotensi ‘bertukar angin’ kepada majikan baru.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, inisiatif dengan menggunakan pendekatan seperti perjanjian bersama pekerja antara langkah terbaik yang boleh dilaksanakan majikan bagi memastikan pekerja terus kekal setia berkhidmat di syarikat yang sama.

“Majikan harus mendorong pekerja mereka mendapat kemahiran. Tetapi terdapat kerisauan mereka akan lari selepas mendapat kemahiran.

“Amat menyedihkan bagi majikan apabila pekerja yang telah diberi kemahiran dan kemudian mereka cabut (berhenti), dan ini akan menjejaskan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) di Putrajaya, semalam.

Mesyuarat-ke-5-NLAC-Kredit-foto-Kula-Segaran.jpg