Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran tambahan seperti yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, setiap pandangan dan input yang diberikan pelbagai pihak berkepentingan untuk memudahkan akses ahli terhadap Akaun 1 masing-masing kini masih berada dalam proses pertimbangan.

โ€œKemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa hadapan.

โ€œPerincian dan syarat-syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat dalam masa terdekat setelah keputusan akhir dimuktamadkan,โ€ katanya.

Pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz telah mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk tempoh 12 bulan bagi meringankan beban kewangan ahli-ahli yang terjejas.

-HR HUB

KWSP.jpg