Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini menyambung semula perkhidmatan tertentu di cawangannya di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta Nilai bermula dari 9 pagi hingga 2 petang pada hari bekerja.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, cawangan KWSP Kajang dan semua cawangan KWSP Sabah bagaimanapun masih ditutup buat sementara waktu.

โ€œWalaupun jumlah kes Covid-19 yang dicatatkan sedang meningkat, keputusan untuk menyambung perkhidmatan tertentu di cawangan yang dinyatakan adalah untuk membantu ahli yang memerlukan akses kepada simpanan KWSP mereka.

โ€œBagi memastikan keselamatan dan kesihatan para ahli, majikan, dan kakitangannya sentiasa terjaga, KWSP akan terus melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) di semua cawangan dan pejabatnya.

โ€œAhli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online di laman web www.kwsp.gov.my/janjitemu sahaja,โ€ jelas KWSP.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

-HR HUB

KWSP-Gambar-hiasan.jpg