Usaha merancakkan lagi promosi mengenai Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke sekolah rendah dan menengah di seluruh negara khususnya luar bandar bakal diperhebatkan lagi, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran.

Beliau berkata, perkara tersebut mampu direalisasikan berdasarkan pelaksanaan program-program jangkauan di sekolah termasuklah Program Kemahiran Malaysia 2.0 (SkillsMalaysia 2.0) yang baru sahaja dilancarkan.

“Pelancaran ini adalah wajar dengan mengambil kira perkembangan teknologi khususnya Industri Revolusi 4.0 bagi era pasca 2020 yang mana kewujudan banyak pekerjaan baharu yang memerlukan kombinasi pengetahuan teknikal, analitis dan kemahiran berinteraksi,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran SkillsMalaysia 2.0 yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh, kelmarin.

Selain itu, Kula turut berharap penglibatan proaktif daripada sektor swasta untuk melatih tenaga mahir yang diperlukan oleh industri melalui program-program TVET yang dijalankan secara ‘in-house’ kepada pekerja-pekerja sedia ada termasuklah bakal pekerja baharu di syarikat masing-masing.

Majlis-Pelancaran-SkillsMalaysia-2.0-Kredit-foto-KSM.jpg