Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kepada peminjam-peminjamnya yang layak.

Menteri Sumber Manusia, Datuk M. Saravanan berkata, lanjutan selama tiga bulan sehingga 31 Mac 2021 itu dilaksanakan kerana terdapat peminjam PTPK yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan masih belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

โ€œPelanjutan tempoh penangguhan ini akan melibatkan bayaram balik pinjaman berjumlah RM9,516,798.90 dan akan memberi manfaat kepada 72,747 bilangan akaun.

โ€œKSM amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan serta kesukaran hidup yang dihadapi oleh sebilangan penimjam PTPK yang kehilangan pekerjaan susulan pandemik Covid-19 selain bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Saravanan, penangguhan bayaran ini yang juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPK.

โ€œPeminjam PTPK yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui borang penangguhan yang boleh diisi di laman sesawang PTPK mulai 15 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021.

โ€œUntuk maklumat dan pertanyaan lanjut peminjam boleh mengemukakan e-mel kepada covidcarebb@ptpk.gov.my atau skillsfund@ptpk.gov.my. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui laman web rasmi PTPK www.ptpk.gov.my,โ€ jelasnya.

-HR HUB

Saravanan.jpg