Kementerian Sumber Manusia (KSM) menggesa setiap pihak yang terlibat dalam pemberhentian dan pengurangan gaji pekerja akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19) di Malaysia supaya tampil membuat laporan atau menghubungi Pejabat Tenaga Kerja berhampiran.

Menurut satu kenyataan baru-baru ini, KSM memaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah melaksanakan inisiatif sebagai usaha memantau situasi tersebut dengan menyalurkan maklumat secara telus berhubung perkara berkaitan.

“Maklumat ini disediakan dalam bentuk Dashboard (papan pemuka) dan boleh diakses dalam laman sesawang rasmi jabatan iaitu jtksm.mohr.gov.my,” jelas kenyataan itu.

Pada masa yang sama, KSM juga mengingatkan golongan majikan agar sentiasa merujuk Garis Panduan Mengendalikan Isu-isu Berhubung Wabak Penyakit Termasuk Covid-19 Di Tempat Kerja yang telah dikeluarkan JTKSM pada 7 Februari lepas.

Koronavirus-Gambar-hiasan.jpg