Universiti Multimedia (MMU) dan SIRIM Tech Venture Sdn. Bhd. (STV) telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama bagi berkongsi kepakaran dalam usaha membentuk graduan berkualiti yang berupaya menembusi kebolehpasaran kerja tempatan.

Kerjasama yang akan memfokuskan bidang teknologi inovasi dan pengkomersilan keusahawanan tersebut telah disepakati melalui satu majlis penandatanganan memorandum persefahaman (MoU), baru-baru ini.

Naib Presiden (Penyelidikan dan Inovasi) MMU, Prof. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid berkata, MoU berkenaan mampu membina kekuatan MMU dalam memupuk nilai keusahawanan berasaskan teknologi dalam kalangan pelajar.

“MMU akan terus melahirkan graduan yang bukan sekadar pencari pekerjaan tetapi juga pencipta pekerjaan iaitu mereka membuka perniagaan yang seterusnya menyediakan peluang kerja kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STV, Ajmain Kasim menjelaskan, kerjasama STV dengan MMU dipercayai kelak mampu melahirkan ilmu pengetahuan secara dekat dalam kesediaan menerokai perniagaan komersial.

MoU-MMU-STV-Kredit-foto-SIRIM-Berhad.jpg