Kerajaan laksana 5R tingkat kapasiti kerja ekonomi gig

Jul 8, 2020 | HR News

Perlaksanaan inisiatif 5R telah dilaksanakan kerajaan dalam usaha meningkatkan pekerjaan bagi keperluan ekonomi gig ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Perkara itu didedahkan ketika beliau muncul sebagai ahli panel pada sesi dalam talian Sidang Kemuncak Global Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkaitan pandemik Covid-19 dan Dunia Pekerjaan Peringkat Serantau, baru-baru ini.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam satu kenyataan berkata, inisiatif 5R tersebut adalah ‘Redeployment’ (penempatan semula), ‘Repatriation’ (penghantaran balik), ‘Reemployment’ (penggajian semula), ‘Reconciliation’ (penyesuaian) dan ‘Reskilling’ (kemahiran semula).

“Datuk Seri Saravanan telah menyentuh mengenai visi beliau dalam fasa pasca Covid-19 dan dunia pekerjaan pada masa hadapan,” kata kementerian berkenaan.

Tambah KSM, menterinya juga menekankan keperluan fokus terhadap pekerjaan hijau sebagai satu daripada langkah mempromosi ekonomi yang berdaya tahan serta memastikan pemulihan yang mampan dan berterusan.

“Beliau juga menyebut mengenai hasrat Malaysia untuk meneruskan usaha ini di peringkat ASEAN melalui penganjuran satu program pekerjaan hijau serantau pada bulan September 2020,” ujarnya.

Menteri-KSM-Kredit-foto-Datuk-Seri-M-Saravanan.jpg

Polls

Does your company support remote work arrangements and flexible schedules?

Polls

Have you actively pursued training for skills outside of your current role's requirements?

Polls

Is regular performance feedback from your manager important for your career?