Kerajaan memberi jaminan bahawa langkah penswastaan bagi perkhidmatan awam tidak akan menjejaskan pekerja yang berkhidmat dalam sektor awam yang dimomokkan kononnya memberi impak mereka kehilangan punca pendapatan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan bukanlah begitu zalim kerana alternatif untuk membantu penjawat awam yang terlibat dalam mendapatkan pekerjaan berdasarkan skop kerja sama pernah dilaksanakan suatu ketika dahulu.

“Merujuk kepada penswastaan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu pada 1980-an, Telekom Malaysia (TM) sebagai contoh, pekerja-pekerjanya telah diserapkan ke TM baharu yang dikorporatkan.

“Pada waktu itu, ia membantu untuk mengurangkan jumlah pekerja dalam perkhidmatan awam,” katanya pada sesi dialog persidangan Invest Malaysia 2019 di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, hari ini.

Guan Eng ketika menghadiri Invest Malaysia 2019 (Kredit foto MOF).jpg