Institusi-institusi latihan di negara ini diminta tampil menjayakan kolaborasi bersama-sama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) bagi menggerakan insiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di bawah Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRFD).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kerjasama daripada penyedia-penyedia latihan yang terpilih akan membantu memulihkan situasi sukar masyarakat ketika tempoh pasca Covid-19 dan keperluan perlaksanaannya akan diperluaskan ke segenap kawasan.

“Program ini adalah sebahagian daripada rancangan pemulihan ekonomi Covid-19 secara jangka pendek dan sederhana.

“Saya juga telah berbincang dengan Ketua Eksekutif PSMB untuk membawa program ini terus ke kawasan luar bandar seperti daerah Kinabatangan,” katanya sewaktu hadir pada Mini Karnival Kerjaya Daerah Kinabatangan di Sabah, kelmarin.

Tambah Saravanan, inisiatif menyediakan latihan kelak akan diberikan kepada golongan bagi penempatan pekerjaan, keusahawanan, mereka yang bekerja sendiri serta revolusi industri berteraskan pasaran Revolusi Industri 4.0.

-HR HUB

M-Saravanan-Kredit-foto-KSM.jpg